*antonella roccuzzo*
Setelah selesai menjamu selera. Kami bertiga pun membuat persiapan untuk memburu. Aku mengambil cerek dan menuang lebihan air itu ke beberapa botol mineral yang berasingan. Sambil asap rokok berkepul keluar dari bibir ku, Aku memakai seluar coloreng, baju jersey Sabah berwarna hitam dan kasut sukan jenama Reebok.
Hatiku sungguh tidak sabar untuk memburu. Keinginan yang berkobar kobar kian menguasai seluruh mindaku. Dalam perjalanan mendaki bukit, keletihan kian terasa. Pola pernafasan kian rancak, sumber oksigen tidak mencukupi memandangkan jarak kaki bukit ke puncak bukit agak jauh. Langkah terpaksa diatur supaya seimbang dengan tarikan dan hembusan nafas.
Jarak aku dengan si Utut lebih kurang 15 meter. Hal ini supaya pergerakan kami berdua sebagai pemburu tidak dapat dikesan oleh binatang. Sepanjang perjalanan kami, banyak sungguh benda aneh kedengaran. Bintang di langit tidak kelihatan kerana terlindung oleh dahan dan daun pokok hutan rimba. Samar samar cahaya bulan yang berjaya tembus masuk ke dalam hutan belantara.
Tiba-tiba si Utut memberi isyarat lampu supaya berhenti dan terus menunggu. Aku pun berhenti tanpa sebarang pergerakan. Lampu suluh si Utut kian lenyap dari pandangan mata. Hatiku mulai resah. Banyak persoalan yang bermain dalam benak sanubariku. Namun aku seorang yang kuat dan berani. Walaupun keadaan hutan itu sungguh gelap, aku tetap bermonolog secara psikologi melawan rasa takut. Maklumlah hutan tersebut adalah hutan pertama aku jejaki.
"pongg....ponggg..."dua das letupan senapang patah kedengaran." Oh.. Mungkin si Utut."kataku dalam hati. Aku masih menunggu si Utut datang semula ke tempat aku berhenti tadi. Hampir setengah jam aku terkaku berdiri. Namun tiada kelibat cahaya lampu suluh dari si Utut. Aku mengambil keputusan untuk menyusul jejak si Utut. Tetapi aku takut sesat nanti. Aku pun melabuhkan punggungku. Aku duduk dan menyandar di banir berhampiran. Suasana sunyi sepi. Aku tidak dapat membayangkan suasana sekeliling hutan tersebut. Keadaan hutan yang sungguh gelap. Aku melihat jam jenama G-shock di tanganku. Jam pendek menunjukkan jam 7.50 malam. "oh.. Masih awal rupanya." aku bermonolog lagi.
Di satu sudut kedengaran seperti orang berjalan memijak dedaun kering dan ranting ranting kecil. Aku hanya menunggu dan melihat tepat ke arah bunyi tersebut. Bunyi itu menuju ke tempat aku berhenti tadi. "mungkin si Utut nie." aku berbisik sendirian.
Aku mulai yakin kemungkinan besar si Utut datang ke tempat saya. Tidak lama kemudian lampu sulu menghala ke tempat saya dan memberi isyarat untuk meneruskan perjalanan. Aku pun akur dan mengorak langkah memulakan aktiviti memburu lagi. Jarak aku dan si Utut masih kekal 15 meter antara satu sama lain.
Sepanjang perjalanan, aku tertanya tanya apakah das tembakan tadi. Dan das tembakan itu diletupkan untuk menembak haiwan apa. Namun aku tidak berani untuk bertanya pada malam itu. Aku nekad untuk tunggu sehingga sampai di pondok transit kedua tempat kami berehat tadi. Kami terus berjalan mendaki bukit roccuzzo.

Mantappppp
ReplyDelete