rimba antonella roccuzzo
Akhirnya kami sampai di transit kedua. Kelihatan sebuah pondok beratap khemah berwarna biru dan merah. Setiap simpul ikatan daripada rotan nampak kemas dan cukup kencang berpaut pada setiap dahan pokok berhampiran.
Aku memerhatikan sekeliling pondok itu. Aku sangat teruja dengan keindahan alam semula jadi ciptaanNya. Terdapat anak sungai berhampiran. Air yang sungguh sejuk hingga ke tulang sumsum. Jernih tanpa sebarang keruhan pasir atau sampah seperti daun kering. Beberapa pokok besar dengan ukur lilit lebih kurang enam meter.
Wah!! Sungguh besar pokoknya. Kedengaran di beberapa penjuru bunyi berbagai jenis cengkerik. Siulan murai dan juga bunyi binatang atas pokok.
"kita rehat dulu, minum kopi untuk panaskan badan dan masak nasi." kata si Oyo.
"bah.. Bah.." aku lantas menjawab spontan.
"lebih kurang jam 7 begitu kita mulakan aktiviti memburu." sambung si Utut. "Nanti ko ikut saya arh, kita cuba jalan di kawasan bukit nie. Bukit Antonella Roccuzzo. Tapi kami selalu panggil Rocuzzo. Manatau bagus rezeki kita. " sambil si Utut menuding jari ke arah bukit yang tepat berada di hadapan pondok itu.
"Okay.. Okay.."aku spontan menjawab. Sementara fikiran bermain main terusik dengan nama bukit tadi.
"Antonella Roccuzzo.." wuu.. Hebat juga nama bukit tue.. Apa sebab nama begitu ya? Mesti ada sejarahnya?.. Banyak persoalan yang bermain di mindaku ketika itu.
Sambil menjerang air aku teringin sangat bertanya tentang bukit tersebut kepada mereka berdua. Namun hajatku cukup terbatas setelah teringat pesan angkol tadi.
Sementara aku sibuk memasak air dan juga nasi. Si Utut dan si Oyo sedang asyik bercerita. Pelbagai cerita yang mereka kongsikan bersama. Aku hanya curi curi dengar. Kalau kalau mereka sedang khusyuk mabawang tentang diriku ini.
Matahari sudah melabuhkan tirai menandakan hari audah gelap. Setelah selesai memasak, kami bertiga pun menjamu selera. Tidak lupa juadah utama kami iaitu masing masing segelas kopi.

No comments:
Post a Comment