Monday, May 18, 2020

PKPB OLEH PERDANA MENTERI

Salam ramadhan yg ke-11
#stayatyourhome

Hello generasi genius✌️✌️. Selamat menempuh rutin harian anda sempena ramdahan dan majlis pkp fasa 4. Semoga aktiviti klishe anda berjalan lancar hendaknya. Secara tuntasnya, beta dengan beraninya berkata bahawa  hari ini adalah hari jadi bagi PKP yg dilonggarkan berdasarkan perutusan secara langsung oleh perdana menteri kita TSMY. Jom mengkhayal bersama dinda πŸ˜‚πŸ˜‚

Pengaruh mantera dari bait sang pemimpin kita. Para manusia ada yg gembira juga ada yg kurang selesa. Mungkin kesan dari tafsir minda orang perseorangan tentang kelonggaran PKP pada kali ini. Lazimnya, cerebrum dan cerebelum dinda selalunya bertekak sesama sendiri sambil diperhatikan si medula oblongata. Begitulah nyatanya, sebelum menelan setiap keputusan dari sang pemerintah. Impak baik buruk wajar diambil kira.

Akibat terpugai dengan kadar graf MKN. Diri ini terus menyusun plot selusur hidup satu bulan ke hadapan. Kalbu disajikan papan layar imaginasi ke hadapan. Oh.. Tidak! Tanpa banyak fikir. Hatiku berkata dan mengunci keputusan kendiri. Yang pasti, graf semasa itu akan berubah mendadak naik bermula hari ini. πŸ˜‚

Sebulan akan datang, siap siaga lah wahai masyarakat, siapa tahu gelombong kedua C19 ini terus menyimpul rangkaian sebelumnya hanya terPASIF. Gelombang kedua mean fasa5 and so on. Beringatlah "RM0. PKPB - Tindakan undang - undang akan diambil terhadap mereka yang ingkar PKP walaupun bermula 4 Mei hampir semua aktiviti perniagaan dibenarkan beroperasi." semua individu pasti tidak ketinggalan.

Semoga anda menjadi rakyat yg patuh pada perintah. πŸ’ͺ

No comments:

Post a Comment