Sunday, May 17, 2020

CERPEN BAB 3 : ANTONELLA ROCUZZO


rimba antonella rocuzzo.. 

Helaan nafas panjang sambil melabuhkan punggung di bangku kaki lima rumah si angkol. Dua orang kawan pun datang tepat pada masanya.

Si angkol mengalu alukan mereka masuk dan menjemput untuk duduk.

"Bha, kita duduk2 dulu bha kejap. Kupi2 dulu kita sebelum kamu jalan." pembuka bicara dari si angkol sambil menyeru bininya menyediakan kopi untuk santapan petang.

"Alaa.. Tidak payah susah2 bha." Tiba2 salah satu kawan nama semarannya Utut bersuara membalas bicara si angkol.

"Ya bha, susah2 lagi bha si boss kasi sedia kupi."tambah si kawan yang satu lagi menyokong bicara c Utut.

"Jadi, Oyo.. Utut, saya minta maaf sebab saya tidak dapat join kamu pigi memburu nie. Sebab saya terpaksa standby nie. Bila2 masa si boss saya call suruh turun kerja bha." kata si angkol menjelaskan hal sebenar.

Aku mula kenal nama-nama rakan seperjuanganku ketika berburu nanti. Aku memperkenalkan diriku kepada mereka dan menghulurkan tangan untuk berjebat. Kami saling bersalam antara satu sama lain. Aku dan angkolku tidak minum kopi pada waktu itu kerana kami sedang berpuasa. Kami terus berbual antara satu sama lain. Ketawa terbahak bahak mulai akrab antara satu sama lain. Aku mulai rapat dengan si Utut dan Si oyo.

Sepanjang perbicaraan, mindaku sibuk mengkaji dan membaca personaliti kawan baruku. Tanpa metod bertulis, pelbagai konklusi luar biasa dapat aku tafsir berdasarkan tingkah dan tutur mereka.

Dari luaran, tubuh fizikal mereka cukup lasak dan mempunyai stamina yang kuat ketika berburu nanti. Maklumlah sejak kecil mereka sudah terbiasa dengan rutin di kampung.

No comments:

Post a Comment