Monday, May 18, 2020

MENYELAMI HATI SANG PENGVIRAL

Menyelami hati sang PENGviral.

Ah!! peduli kamu sana.. Ego menguasai diri tika ditegur masayarakat pertengahan. Tanpa memikirkan impak positif mahupun negatif. Mungkin kerana minda sudah terbiasa dengan kecaman sang maha bawang, neratif perwatakan diri asyik dibahas sambil mendabik dada menjaja agenda imaginasi tanpa berbelah bagi. Ku tahu ini lah kelemahan diri seorang insan sepertiku. Sangat tidak masuk ajar apabila ditegur. Melenting tak suda dihasut resipi nafsu, menggagalkan fungsi pancaindera pendengaran.

Sebagai netizen tahap profesional, alamaya adalah juadah pertama setiap kali memulakan rutin. Minda dikemudi, berangan sampai langit ketujuh rupanya secangkir kopi belum tersetup. Hahaha, itu dipanggil DayDream bagi masyarakat hidung tinggi dan kulit putih. Mentari kian memancarkan sinar sang suria tanpa ada kawalan bahangnya. Terasa sangat pada kulit. Jangan bodoh pergilah berteduh.

Hari ini aku ada isu, si anu begini yg kemarin maka sy perlu mengaibkan watak beliau demi meraih popularity. Bukan? Semoga impianku mencapai angka like berbagai react serta komen2 pada pengikutku dalam muka buku. Walaupun terdapat di sudut hati ingin menegur tingkah dan niat c hati, tetapi ego dan hasrat kian menguasai minda. Secebis kebaikan tidak mampu mengatasinya. Apalagi sedang asyik berilusi depan lcd dan papan kekunci.

Ilusi on...... 😉

Apa lagi diri ini pernah mengagungkan angka 420. Akulah remaja terhebat sepanjang zaman terikut kisah sang tokoh berjaya seabad lalu Bob marley. Oh tidak, kamu sebenarnya silap. Program 420 tidaklah begitu membanggakan, malah dipandang hina oleh mereka meskipun sudah ada kad oku status buta. Sungguh tidak bermanfaat wahai masyarakat. Tetapi presepsi harus dinilai mengikut category persis exam online SPA8 masa kini. Andainya 420 juadahmu, sudah tentu 10% fungsi pancainderamu terpesong, keterangan hati berkurang malah sifat2 mazmumah mulai menguasaimu secara berperingkat.

Setitis cecair mengandungi beberapa peratus alkali dan acid. Di barat adalah biasa. Pinggatan(tempat sirih bg masyarakat dusun ranau) atau juadah remeh bagi artis barat yg pernah tersohor sebelum aku lahir lagi. Di timur ingin mencuba. Diri turut terjerumus, mungkin pengaruh nikmatilah hidupmu. Tanpa menghiraukan nasihat dari mereka. Rasa ingin mencuba menjadi medsos keterjadian seminar berkumpul separuh waras. Oh tidak, dunia terumbang ambing. Mengorak langkah kurang seimbang. Ini dikatakan high. Rasa seronok. Suara nyaring hinggap di gegendang telinga, hello my friend ini baru mukadimah. Wow menjerit dengan bangga, mencapai zip seluar melepaskan air kecik di merata tempat.

Mengorak langkah bersama teman. Menuju tempat yg lebih seronok. Sy mula didatangi teman2 baru jantina antonim. Dalam keadaan separuh sedar, sungguh indah pada hari itu. Berbagai neon berkelip mengikut rentak irama bass yg agak liar frekuensinya. Teringat akan video klip music avril lavigne, nirvana, dan scorpions. Maaf artis zamanmu tidak mampu aku nyatakan. Diri bangkit semula setelah teman yg tadi memberi kata2 remaja. Mungkinkah ini slot isi penting selepas mukadimah. Aku tersenyum tanpa memikirkan tanggungjawab esok harinya.

Buai mimpiku dikejut oleh kenalan akrabku. Kedengaran juga kenalan yang hanya bau bau bacang mengulas insiden semalam. Si taulan berkata ini indikator awal wahai geng. Aku ingin rincinya tanpa fakta. Aku dilemparkan senyuman sinis. Aku kebaruan tetapi aku bangga tanpa fikir hidup realiti aku d kampung. Aku adalah manusia tergolong serba kekurangan, keluar ke kota utk menimba ilmu. Metodologi wajib bagi memenuhi anarlogi kehidupan yang cukup kelak. Sinopsis belakang buku, prolog muka surat pertama. Hint2 laluan hidup setiap 24jam.

Bukan itu sahaja wahai pembaca setia. Diriku pernah menjadi watak dalam acara kapal selam. Sebutir ais kering, sebatang straw minuman layan diri, aluminium rokok flavour LA serta beberapa jenis macis.
Wah sungguh hebat prop2 yg disediakan. Teringat kembali zaman ngaji ipta program teater. Pementasan memerlukan prop bagi menjelaskan cerita supaya senang ditelaah oleh para judges. Si taulan memulakan aktiviti, hampir setengah jam selesai masing2 buka posisi di suatu ruang tanpa kipas. Oh panasnya. Hari demi hari aku mempelajari benda baru dan aneh. Prop td menjalankan tugas masing2, macis dinyalakan, straw tersedia dibantu rakan akrab, step by step. Acara nie memerlukan 3 tenaga bernyawa mengendalikan.
Asap disedut tanpa leaking di hidung, ditelan hingga ke perut.

Bermulalah pengembaraan minda secara langsung. Sel2 bertindak agresif, minda berfungsi dua kali ganda. Tulang 4 karat tidak keruan. Oh tidak. Adakah ini nikmat hidup.. Wow, aku terkesima melihat sekeliling secara normal. Penanganya hebat. Niat kian terbuku. Aku mahu lagi. Kesannya cukup memberansangkan. Amat menggalakkan. Sekali lagi aku mengagungkan rakan akrabku. Aku menatap wajahku d cermin, menghadam setiap halusinasi.

Well done, sakitnya tak terkata, mungkin ini yg dikatakan last kick. Menyesal sungguh. Sambil membodohkan diri sendiri, jasad terhuyung hayang mencari nasi, sel2 dan tulang sumsum rasa ngilu. Aku mengajukan soalan kepada si taulan. Terlalu jelas rinci yg dinyatakan. Kita perlu setup baru untuk memulihkan rasa. Ooh inikah yg dikatakan ketagih. Tidak! Nukilan imaginasi bercambah. Memandangkan lebih mahal dari harga minyak dunia aku mencari metafora baru. Rakanku sebelumnya sinonim malah jadi antonim. Dulu wataknya aku hyperbolakan, tetapi sekarang tidak. itulah keratan anarlogi kurang membanggakan. Baru ku tahu kesan buruknya. Patutlah banyak artis overdoss, penangan mula2 kawan jadi lawan. Huh sungguh hebat anarlogi hdiup si jasad tanpa darjat

Akulah sang pengviral di alamaya. Pantang cuping telinga mendengar benda baru dek segelintir usahawan terkenal para artis menambah sampingan popularity. Isu kurang manfaat ditelaah dan digubah menjadi metafora d layar skrin setiap individu. Wahai diri ini. Berfikirlah sebelum berbuat demikian. Prinsip mereka, mereka lah. Aku, aku lah. Pasti cukup memadai utk bekalan selamat dari geng bawang golongan bawahan. Aku lebih takut ini. Mentaliti geng bawang golongan bawahan sangat kampungan. Aku hanya menjaga aib org tuaku. Itu sudah cukup. Maaf tanpa sengaja memanjang lebar di dinding muka buku anda. Nantikan ilusi minda seterusnya.

😁😁 Siok kan..

No comments:

Post a Comment