Sunday, May 17, 2020

CERPEN BAB 2 : RIMBA ANTONELLA ROCUZZO


rimba antonella rocuzzo... 

Lagu Temple Of The King daripada kumpulan band Rock Rainbow 1975 sekali lagi mengejutkan lenaku. Geram juga apabila mimpiku terhenti di pertengahan. Kali ini isyarat masuknya mesej daripada aplikasi Whatsapp.

Tanpa melengahkan masa, aku mencapai telepon dan melihat mesej tadi. Aku mendapat kiriman voice daripada angkol aku sendiri. Beliau menggesa aku supaya segera ke kampung untuk membincangkan sesuatu hal mustahak. Aku terus bangun dan sempat duduk berteleku beberapa saat.

Tanpa berfikir panjang, aku mencapai kunci motor dan menghidupkan enjin. Kaki menekan gear dan terus jalan. Keadaan aku serabai tidak terurus pagi itu. Sepanjang perjalanan, hatiku asyik bermonolog. Sesekali mengkhayal dan membuat pelbagai tafsiran luar biasa. Mata melirik kadang meleret menikmati keindahan hijau flora dan fauna sepanjang jalan.

Setelah hampir setengah jam, aku sampai ke rumah angkolku tadi.

"Assalamualaikum datu".. Sapaku ringkas.

Sejak dulu, aku sudah biasa memanggil angkolku sebagai datu dan si angkol akan membalas memanggilku YB. Hal ini lebih mengeratkan hubungan persaudaraan antara kami.

Dari jauh kelihatan susunan gigi tersenyum menanti kedatangan ku.

"Walaikumsalam YB, atokei laju juga kau bawa motor". Sahut angkolku. Dengan sindiran sinis sambil menghulurkan tangan untuk berjebat.

"Manada laju tue.. Hahaha" jawabku dengan bangga sambil ketawa. "jadi, apa hal mustahak ko maw bincang ni datu?" tanyaku.

"Tiada juga bha hal mustahak ni, tapi saya ada temujanji bha sama kawan nie hari" balas angkolku mula serius.

Aku terkedu sesaat sambil menatap wajahnya. "Oh.. Temujanji apa tue?".. Balasku ingin kepastian.

"Temujanji memburu." jawab angkolku ringkas.

"Jadi?" balasku pendek.

"Bha kalau ko maw ikut, ko sedialah, sebab dorang maw jalan sudah tue."balasnya.

"Bha buli bha. Ngam nie time2 PKP, ada juga pengisian masa lapang." balasku dengan girang.

Memburu merupakan antara hobiku yang paling aku gemari sejak dari kecil lagi.

"Jadi ko pun ikut kah?" tanyaku lagi.

"saya maw ikut bha tapi, saya terpaksa standby, takut boss saya call bila2 masa suruh masuk kerja." balasnya agak kesal.

"Alaa.. Tidak apa bha, lain kali kita pigi sama sama." balasku memberi semangat. Air mukanya jelas mempelihatkan sedikit kekecewaan.

Aku terus ke stor, membelek dan menyusun barang-barang keperluan memburu termasuk bekalan makanan beberapa hari. Setelah selesai menyediakan keperluan ekspedisi hari itu.

No comments:

Post a Comment