Sunday, May 17, 2020

CERPEN BAB 4 : RIMBA ANTONELLA ROCUZZO



rimba antonella rocuzzo... 

"Bha, jadi kita jalan lah nanti sampai sana, kita rehat sekejap baru kita memburu." kata si Utut.

"Ya, bha buli bha." balas si oyo ringkas.

Aku hanya mengangguk tanda setuju. Sambil melihat jam di tangan. Tepat jam 4.20 petang.

"Bha, kamu kasi masuk semua barang2 kamu sana kereta, saya hantar kamu sampai sana puncak bukit." tambah si angkol.

Kami bertiga pun sibuk menyusun barang-barang keperluan untuk memburu. Sejak dari tadi, banyak persoalan yang bermain di mindaku. "mereka belum kenal aku siapa, tapi berani mengajak aku untuk berburu bersama." monolog sendirian. Sambil ketawa sinis menepuk dahi sendiri.

Sepanjang perjalanan, mataku disajikan dengan pelbagai bunyi burung yang jarang ku dengar sebelum ini. Tiupan angin sepoi-sepoi membawa gumpalan embun petang. Terasa dingin hinggap di muka. "Wah! Sungguh indah ciptaanNya."hatiku puas dapat menikmati keindahan khazanah alam semula jadi.

Kelihatan juga beberapa pokok yang sangat besar dan tinggi. Mungkin 100 tahun lingkungan umur pokok tersebut. Inilah kali yang dikatakan hutan rimba atau hutan belantara. Selama ini hanya desus singgah di cuping telinga. Juga terbaca dalam silibus matapelajaran geografi dahulu. Helaan nafas berselang dengusan tanda berpuas hati dengan layar pandangan sepanjang perjalanan.

Troot!!.. Bunyi brek tangan kereta ditarik dan gear rendah dilepaskan. Setelah hampir sejam kami pun sampai di transit perhentian sebelum mengorak langkah masuk ke hutan belantara. Inilah transit pertama kami iaitu sempadan antara bukit daerah Ranau dan daerah Kota Marudu.

"bha.. Kamu hati hati bila dalam hutan tue. Jaga percakapan dan tingkah laku." kata si angkol.

"bha bah.. Bah.." kami serentak menjawab nasihat ringkas td.

Tanpa berlengah kami mengangkat semua barang keperluan berburu. Kami bergegas menyelinap masuk melalui danau yang kelihatan suram. Akibat kejarangan jejak manusia memasuki tempat itu.

Sepanjang perjalanan menuju ke tengah-tengah hutan, tiada bicara antara kami bertiga. Saya hanya memerhati setiap gerak geri mereka berdua.

Cara berjalan sahaja sudah tahu bahawa mereka sudah biasa untuk berburu. Setiap langkah dibuka dengan rapi. Cuping telinga seakan akan bergerak mencari frekuensi bunyi. Kawalan nafas dan juga penglihatan yang teliti sangat dituntut ketika berjalan. Inilah antara etika seorang pemburu profesional.

Setelah beberapa anak bukit kami daki, kami pun menuruni cerun yang agak curam. Kebetulan masa itu hujan rintik rintik. Keadaan jalan denai agak licin. Cengkaman kasut kurang memberansangkan. Walaupun hari pertama sudah disajikan dengan pelbagai cabaran, saya tetap menikmati ekspedisi yang tidak dirancang ini. Semoga pulang nanti membawa hasil buruan yang lumayan.

No comments:

Post a Comment