Salam ramadhan ke-7
#stayatyourhomephase4
Anarlogi minda si penumpah darah d tanah sendiri. Cikidaut!
Seperti mention sebelumnya, penulisan ini akan terus menyelinap dan terpapar di dinding muka buka anda. Oleh itu, diriku yg kerdil amat ini, mohon apologize ya guys. Semoga anda semua menjadi insan2 yg sangat sporting bersama teman2 di alamaya. Untuk pengetahuan anda sekalian, mendoakan sesama insan itu dituntut dalam kehidupan, so hari sy doakan kalian semoga sihat, panjang umur, murah rezeki, dikurniakan keberkatan hidup, diberi petunjuk utk meneruskan kehidupan serta kaya raya budi bahasa juga harta benda. Semoga kita menjadi insan yg baik di muka bumi ini. Resipi hidup hormati org lain, bantu yg memerlukan dan merendah dirilah walaupun anda seorang yg hebat. Nescaya aku salah satu followermu. 😍😍
Bandar adalah kudus sebuah gedung budaya, yang wajib dilestarikan sebagai tatacara pelancongan. Tanpa sebarang fakta, jaga lah ia sebagai warisan atau khazanah di tempat. Persoalan tradisi adat dan budaya juga membina kenangan pada mereka yg datang dari jauh. Hari ini emosi si kalbu terganggu setelah beberapa kali saya didatangi mesej dari sahabat, pakcik dan makcik. Mereka mohon kepadaku supaya merungkai serba sedikit tentang isu sensitif iaitu PELARIAN. Hal ini tidak asing sudah bagi masyarakat globalisasi tanpa mengira taraf kemajuan sesebuah negara, perasit ini sentiasa hadir memainkan peranannya. Kajian harus dibuat mengikut tunas epistemologi dalam sesebuah negara. Malahan skop ini perlu bermula di wilayah kecil dahulu.
Sebelum kita mengupas isu ini lebih lanjut, izinkan beta mentafsir serba sedikit tentang pelarian. Dalam segi susun kata, Pelarian adalah gabungan perkataan daripada kata dasar 'lari' dengan imbuhan awalan -pe dan imbuhan akhiran -an. Maka dalam bahasa malaysia (seksyen 502 dalam perlembagaan) disebut dengan empat sukukata iaitu PELARIAN. Definisi pelarian ialah Migrasi yang merentasi sesuatu sempadan antarabangsa, sempadan negeri, daerah juga mukim atau desa. Masakini telah melibatkan perpindahan jutaan manusia ke serata dunia samaada berhijrah sebagai buruh sah, sebagai PATI mahupun sebagai pelarian. Utk lebih detail anda boleh merujuk mana2 bahan yg meyakinkan. Andai ku silap, anda dialu alukan mengecam beta. 🙏
Dulu, sekolah dinda berada nun jauh di kampung. Seratus peratus semua pelajar di situ adalah bangsa ku. Tiada pun seutas nyawa atau secebis jasad yg tercampur menimba ilmu. Minda ku amatlah terbatas, kadangkala melebihi batas cuma sampai di tepian sabut kelapa. Namun kembali semula dalam tempurung. Ditambah lagi dengan level ilmu yg kurang pendedahan. Orang kampung semua mentaliti kelas ketiga. Ilmu di dada sungguh tipis. Mendidik anak takut keluar kotak. Maka hasilnya, kulit hitam disebut pti. Lain slang dipanggil pti, lain dailek dilabel pti. Anak2 kampung sangat fanatik dengan pti. Sensitif sungguh asal dengar pti. Sejak azali terdidik pti itu jahat orgnya. Penagih dadah pti, perogol org pti. Perompak atau peragut juga pti. Mindset memang pti. Sebenarnya anak2 kampung era 90-an tidaklah serius sangat cuma mereka berfikir pti itu sejenis manusia yg memang jahat. Automatik mindset pti manusia jahat. Itulah dia kemampuan minda masyarakat kampung dahulu. Ditambah lagi kesusahan hidup, kemiskinan melanda, metodologi penyampaian ilmu yg jauh terpesong. Syukur ada beberapa generasi genius lahir dan boleh berhijrah daripada buah tempurung itu. Maka terbuka lah episod hidup baru.
Sampai satu tahap ini, org kampung mengugut untuk membunuh diri jika kami generasi baru akan berkahwin dengan mereka yg dianggap pti. Betapa bencinya mereka terhadap pelarian ini. Dan terdapat satu scene ketika d bangku sekolah, menyeloroh teman dengan istilah pti boleh membawa masalah besar sehingga berhenti sekolah. Betapa sensitifnya pelarian ini sejak dulu. Wahai si pelarian kenapa engkau begitu dibenci oleh masyarakat dunia?? Persoalan simple, namun mengharapkan jawapan bersiri.
Itu nostalgia tika diri ini belum baligh tetapi kini, aku sudah boleh menggunakan otak ku sendiri. Pandai mengemudi pancaindera tanpa silap. Juga petah berbicara di belakang para manusia. Aku juga si muka dua talam depan persis malaikat belakang si dajjal jahanam. Aku ada semuanya, ekoran bumi ada pasang surutnya, ada siang malamnya dan yg jelas sinonim antonim sentiasa berpautan.
Hai diriku.. Cukup2 lah dikau menelusuri danau2 neratif imaginasi.. Hahaha (ketawa jahat, medula oblongata mulai bertanduk)😈.. Standby lah engkau wahai watak2 yg terpilih. Anda menjadi targetku dalam bicara daku kali ini.
Hai migrasi, welcome to my country. Ku tunduk tanda hormat menyapa tamu yg datang melawat. Engkau ku anggap pelancong persis si hidung tinggi, rambut ikal juga berkulit putih. Tanpa racis ku anggap dikau bangsa kulit hitam dari benua afrika juga dari amerika latin. Ku tahu memang bangsamu banyak menyumbang kepada kemajuan teknologi dunia.
Engkau datang tak diundang, "" suhh"".. Perintah kasar menghalau kamu. Kamu tak perduli, berbagai genre intonasi jadi metod baik berbentuk hitam putih juga berbentuk suara. Sungguh engkau tak mengendahkan. Meski cara halus berselang kasar. Anda meremehkan. Seakan adinda ini seperti kerta kosong dibawa angin ke merata tempat. Hei awak!! jangan silap "don't judge the book by it's cover" falsafah barat sungguh pedas. Aku menganggap diriku bukan calang2 juga orgnya. Aku lah si penaung dan perintis generasi baru di tanah air ini. Berbekalkan transkrip diikat reben merah. Watikah berjubah utk sesi penyerahan. ✌️✌️
Kehadiran kamu sejak nenek moyang dahulu buat ku bisu mencari fakta. Mengkaji usul akar umbi herarki sukumu sejak sebelum merdeka. Sedikit demi sedikit, tamadun dan sejarah mu ku rungkai. Wah, hebat juga rumpun akarmu. Kadang terfikir apalah nasib mereka yg menumpahkan darah di tanah sendiri.
Kehadiran kamu cukup memberi kesan hebat. Memberi impak luar biasa. Saban tahun silibus sejarah barisan jemaah pimpinan berubah ekoran pertukaran taktha setiap 5 tahun. Di sini lah drama retro muncul tanpa menunggu iklan coming soon. Box office untuk okestra drama ESPN utk sukan berdefinisi tinggi.
Kita baru sahaja menarik tabir tirai sebagai permulaan bahas. 😈..
Bersambung.... 🤙
No comments:
Post a Comment