Friday, May 22, 2020

CERPEN BAB 7 : RIMBA ANTONELLA ROCCUZZO


antonella roccuzzo

Jam menunjukkan tepat jam 10.00 malam. Kami pun tiba di puncak bukit Antonella Roccuzzo. Bentuk muka buminya yang sungguh indah. Cahaya rembulan cukup terang menerangi segenap alam. Jelas kelihatan di satu sudut beberapa ekor rusa tampak gemuk dan sihat. Beberapa pohon rendang dihinggapi berbagai jenis burung seperti kenyalang, merak, merbuk, helang dan banyak lagi. Pokok-pokok besar juga sarat dengan musim pendebungaan. Sungguh indah khazanah alam semula jadi di sini. Musim bunga? Persoalan bermain di minda.

"Wah! Sungguh jinak, haiwan di sini Utut. Hutan yang sangat cantik juga burung-burung yang jarang ku lihat sebelum ini. Hebat sungguh bukit antonella roccuzzo." aku terlepas bicara kerana sangat teruja sambil tersenyum sinis.

"Eya risam, haiwan sini memang jinak-jinak. Kalau kita masuk lagi ke sana pasti kamu akan lebih terpesona." balasnya sambil menuding jari ke arah pintu gerbang persis istana golongan bangsawan. Sejak bila ada pintu gerbang? Lagi persoalan timbul di benakku.

"Aik..!! Aku sungguh terperanjat. Suara tadi adalah suara perempuan. Aku dalam dilema. Aku sangka suara itu dari rakan berburuku. Lantas hatiku bermonolog.

"Si Utut di mana. Kenapa bukan si Utut yang menyahut.?" seluruh tubuhku terasa dingin. Hatiku bermonolog sendirian. Aku semakin gelisah. Bagaimana aku boleh mengikut jejak seorang perempuan. Namun monolog ku tidak begitu konsistent kerana terpukau dan tergoda oleh keindahan alam. Aku juga terperanjat dengan kewujudan pintu gerbang di hadapan. Haiwan dan burung-burung tidak menghiraukan kehadiranku. Aku semakin hairan. Apakah ini mimpi ataupun realiti.

"Bagaimana pula aku boleh berjalan bersama seorang perempuan? Hairan." lagi lagi persoalan di mindaku. Sejak tadi aku belum melihat sepenuhnya muka wanita itu. Namun sepintas lalu aku tahu wanita ini bukan calang-calang orangnya. Dengan keayuan suara, lontaran intonasi dan kelembutan vokal cukup halus dan sungguh memukau.

Aku tidak peduli sudah dengan tujuan sebenar ke hutan. Aku sangat berpuas hati dengan ekpedisi kali ini. Aku tidak sabar untuk terus mengenali wanita itu. Niatku kian terpesong jauh.

 Pap!!.. Tanganku ditarik spontan. Aku terus ditarik berjalan memasuki pintu gerbang persis istana bangsawan itu. Sejurus selepas melangkah masuk dalam pintu gerbang, tiba-tiba gelap bertukar menjadi siang. Aku sungguh terperanjat. Dunia apakah yang sedang aku jejaki. Rakan seperjuanganku kian ku lupa. Si Utut dan si Oyo entah di mana sudah mereka.

No comments:

Post a Comment