Salam ramadhan ke-5 #stayatyourhomephase4
Setelah sekian lama mengabaikan update sang muka buku, sambil muncung bibir menghembuskan karbon dioksida ditemani hirupan cecair kopi, ibu jari kanan dan kiri asyik scroll ke atas dan ke bawah. Mencari sesuatu hendaknya. Itu tidak kisah cuma ilusi yg dibina oleh alamaya para netizen telah membuka mata minda ini utk berhalusinasi.
Meskipun debu kian menapak, penglihatan bertambah pudar, namun kau tetap ku hafal dan ingat wahai facebook. 10 tahun lalu aku berkecimpung dalam duniamu setelah tuan empunya memperkenalnya tanpa menghadiri sebarang seminar. Berbisik di sudut hati, hebat generasi sebaya diriku berbanding sebelumnya. Takbur tak sengaja. Sinis dalam khayalan.
Oh ya, jarum pendek tepat pada jam 3.00 am, isyarat makanan sahur perlu disediakan berikutan terma dan syarat untuk afdal amalan di bulan mulia ini.
Pengembaraan minda terus melengkapkan sinopsisnya, kejarangan post statement umpama ini, mungkin rasa malu mendapat tempat bualan masyarakat. Tapi hari ini tidak lagi, seakan akan mendapat ilham serta kekuatan utk menepis malu. Aku akan terus merapuh ingin berkongsi imaginasi minda yg tak bertepian.
Wahai para taulan yg berdarjat dalam herarki fikiranku, ku susun jemari kaki dan rambut disisir rapi dengan rasa rendah diri maaf dipinta tanpa mengira zahir dan batin andai keceluparan ku ini mengguris hati mu.
Sambil mengunyah nasi dan seulas ayam goreng hasil tangan diri yang bergelar bujang. Huh, rasanya banyak kurang, tapi rasa bersyukur telah sebati dalam jiwa hasil didikan org tua serta dihias dengan silibus semasa di bangku sekolah.
stay at your home slogan utama masa kini telah menimbulkan banyak presepsi minda diri ini. Agak kebaruan ya umpama dikongkong sukar utk meloloskan diri ke kawasan yg lapang dan luar biasa. Ini kerana dunia digemparkan dengan fenomena trending globalisasi semasa. Telah mendapat tempat di setiap benak dan bualan hidupan begelar manusia tanpa mengira angka umur, bangsa dan agama.
Hati ini berseru tanpa vokal, sila lah patuhi perintah kawalan ini. Mungkin manfaatnya jauh lebih baik dari kesimpulan fikiranmu yg sukar dikongkong. Say hello to C19, please go away, masing2 menyeru tanpa arahan, menadah tangan tanpa mengira masa dan waktu, mungkin segelintir hanya mampu berserah. Oleh itu mari lah sama2 menyantuni pepatah kalimat yg tersembur keluar dari pemimpin kita supaya terus kekal stay at your home. Sila ambil iktibar wahai jasad yg dikurniakan akal fikiran. Semoga anda mengadaptasi pemikiran kelas pertama.
Salam ramadhan.
No comments:
Post a Comment