Monday, May 18, 2020

DEAR FRONTLINER.. THANKSS SO MUCH ❤️

Salam ramadhan ke-6

  • #stayatyourhome


Hi everything, πŸ˜€πŸ˜€ tanpa basa basi, lidah ini ingin mohon maaf terlebih dahulu. Kerana mungkin penulisan spontan alamaya ini kekal berterusan. Sudah semestinya tanpa segan silu akan hinggap sekali sekala di wall facebook kalian. πŸ™πŸ™ Jika kurang senang boleh tekan button unfollow atau unfriend supaya hidup anda selesa. πŸ˜€πŸ˜€

Sedar tak sedar latinnya MOC dan linguistiknya PKP sudah mencecah sebulan lamanya untuk negara kita malaysia. Fenomena c19 bukanlah fenomena biasa-biasa. C19 mampu meragut nyawa manusia tanpa mengira darjat dan keturunanmu.

Gelombang c19 juga telah menghancurkan ekonomi dunia. Sebagai bukti, ceritera politik malaysia hanya mendiskriminasi harga minyak petrol dan disel. Sedangkan plot twist bg c19 telah mengubah radar harga minyak dunia. Di malaysia sahaja rm1.25 per litter berbanding sebelumnya rm2 something. Hebat sungguh bala yg tengah melawat dunia ciptaan tuhan ini.

Wahai c19, kehadiranmu disanjung ramai. Kancah sistem pemerintahan dunia demokrasi, monarki, kapitalis dll sangat menghormati kedatanganmu. Tujuh benua dunia tiada sedikitpun kamu langkau. Amat teliti lawatanmu C19. Segelintir pemimpin menangis di depan rakyatnya kerana kehebatan mu. Semua aktiviti berhenti serta merta!! Banyak yg kehilangan pendapatan. Operasi bank, sistem prabayar turut tergendala. Sang kwsp lena di sana turut terjaga dari tidur. Negara terbaik dunia ITALY anda lewati sekelip mata. Sungguh sadis konklusi dibuat olehmu C19.. 😒😒

Cukup terkesan ya baik dari segi  ekonomi, perkembangan teknologi dan yg paling kasihan mereka yg berada di bangku sekolah. Mungkin tidak semua tetapi ini boleh mengubah peratusan kuantiti dan kualiti pencapaian akedemik tahunan. Itulah dia sang pemusnah, datang tak diundang perginya amat dialu alukan. Masa diperlukan tidak lah berbulan atau bertahun, cukup jarak semeter tanpa PPE semestinya 14 hari kuarantin.

Sedang kalbu menelusuri danau alam musyahadah. Sesekali minda terganggu opera nostalgia era 90 an. Ketika itu, lastik burung hangat diperkatakan. Permainan congkak jadi tradisi, nonton berita di tv gemuk belakang .

Pernah satu ketika, sedang asyik memburu seekor burung dengan bersenjatakan lastik tiub motor, kartus batu daripada kasut spike boot genuien leather. Jangkar Y kadang dari pokok jambu, limau nipis juga daripada kayu2 terbaik sepanjang zaman bg mereka yg berbakat dlm seni ukiran.

Bermulalah, Teknik penyamaran dan serangan hendap dipraktikan secara tak langsung. Sehingga sampai satu saat kawalan nafas turut dijaga. Formula pengiraan dedaun kering dan serpihan ranting dibahagi dengan kemampuan pendengaran sang burung untuk mengenalpasti keberjayaan sesuatu serangan. Seiras dengan Pitogoras teori. Hebat juga ya.

Kadang pulangnya berhasil. Malam itu makan bubur burung punai. Enak sungguh rasanya dek pulut pandan hijau aroma kelapa mawar.

Nada lagu Greenday "Macy day parade" isyarat panggilan masuk telah merusak pengembaraan flashback si kalbu.

"hello boss, honggo ko baino? Pertanyaan dari pemanggil misteri.

"hiti kasari kampung ti boss, nokuro boss tu nokosiwat kopio baino monolipon" balas ku dengan muskyil.

"aiso no tapatong ti boss nga langadon oku diya bei, topot no. Mogot diya tu kasampat muli kg kino. Miagal dahai nokosupan bonbom pkp".Balas si misteri.

Suara sayu c misteri berselang ketawa kurang ikhlas. Figura ku terkedu seketika. Masih terngiang ngiang bait perbualan sebentar td. Cepat sungguh aku mengkhayal. Khayalan ku terhenti setelah sedar si pemanggil misteri masih dalam talian. Lantas aku..

"sabaro nopo boss.. Oruhai no awi t pkp ka dit porintah" balasku. Sehinggalah perbualan tamat, mahu diselit satu persatu dialog. Rasanya tak perlu. Sambil tangan menongkat dagu, mengimbau kembali sang misteri itu. Kasihan sungguh mereka.

Ketidakpuashatianku menyeru pertanyaan demi pertanyaan dalam hati. Kenapa tiba2 ingin mencari aku saat ini. Mungkin itulah yang dikatakan kerinduaan sahabat lama. Ada pepatah artis pelawak yg tidak asing bagi dirinya "kita baik orang sayang" sedikit sebanyak menjadi teladan pada diri ini.

Sepanjang pkp dan juga ramadhan yg ke-6, banyak trivia sedang berlumba lumba masuk ke ruangan kalbu. Pelbagai Genre nostalgia turut tidak ketinggalan. Melengkapkan keindahan sinopsis kisah silam dalam layar pengembaraan minda. Seperti diprogramkan si minda secara sendiri Menyusun neratif anarlogi di setiap perenggan. Sang kalbu hanya menerima serta mengimbas trivia dan nostalgia itu secara layer by layer. Itu medsos sang kalbu utk proses penulisan genre fantasi. ✌️✌️✌️

Dalam talian, maxis, celcom, digi dan sistem talian lain. Aku salute andalah frontliner tanpa wayar walaupun anda mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Wahai sosial media facebook, instagram, tweeter, whatsapp, dan lain2 aku tabik kepada anda. Anda lah metodologi utk kesinambungan populariti seseorang individu. Dihiasi dengan pelbagai mode, emoji juga sistem calling boleh dalam bentuk video. Sungguh anda pintar dan bijaksana wahai manusia.

Dan dari dulu impianku ingin bertemu denganmu meskipun sekadar mimpi hai madam Susan Wojcicki. Kemampuanmu xda tandingan. Keberhasilanmu digunapakai dalam semua genre. Anda sangat membantu saat MOC. Ceo of Youtube!

Dan yg paling ku agungkan kini. Gambaran demi gambaran jasa kamu sukar diluahkan dengan vokal. Saat namamu diseru bulu roma tengkuk ku berdiri sehingga sampai 5 detik. Inilah gambaran bg jasa kamu.

Dan sesekali nama kamu disebut lagi. Air mataku berderai tak terasa. Mutiara jernih berlinang. Dannn saat namamu diseru, seluruh jiwaku gemuruh, gementar dan berkobar. Ini lah semangat yg sebati dalam diri kamu.

Kamu adalah barisan terhebat sepanjang zaman. Tanpa mengira usia, pangkat dan jantina.. Anda sememangnya frontliner terhebat ❤❤. You are super Tank. The best of Support. The best of Magic. Sometime you are the best figther. Walaupun dalam SOP tugas anda memang itu dan ini. Walaupun keringat mu dibayar. Ketahuilah itu sebenarnya realiti sumbangan jasa dan pengorbanan. Thankss a lot para doktor2 terbaik, jururawat terbaik tidak kira di bidang awam mahupun swasta. Yg pasti anda mempunyai motif, matlamat dan objektif yg sama. Selamat menjalankan tugas dengan ikhlas. Semoga anda membaca ini dengan senyuman. πŸ’ͺπŸ’ͺ

Wahai warganet hebat. Kebebasan bersuara adalah hak yg termaktub dalam perlembagaan. Namun anda perlu berhati hati. Semoga kita menjadi cctv dan netizen terbaik 😁😁
Adalah lebih baik saling hormat menghormati kan. Yg bermain politik tue abaikan. Biarlah mereka berperang falsafah, membongkar kitab2 dan tesis politik mereka. Itu hal mereka yg berkelayakan. Jangan cuba2 bermain fakta dan auta zaman sekarang.. 🀣🀣Kita ni cukuplah dapat memenuhi kriteria kehidupan seorang manusia normal. Pro dan kontra itulah dia asam garam. Suka duka yg sentiasa menghiasi perjalanan hidup sehari hari kan...Okay la tue.. Hihihi..

See you next article brota sista!

Gracias✌️✌️

No comments:

Post a Comment